Wednesday, April 29, 2009

Doktor Ditangkap




KUALA LUMPUR 26 April — Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan hari ini “menangkap” dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.
Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau (Saravanan). “Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan. Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi buat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi. “Ada lebih 20 pesakit yang menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukanlah cara seseorang doktor bekerja. Pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini adalah unit kecemasan, yang sepatutnya pantas dalam memberikan rawatan,” kata Saravanan, yang jelas kelihatan kesal, kepada Bernama. Saravanan berkata beliau menegur doktor terbabit kerana kelakuan mereka dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka, yang muncul 30 minit kemudian.

- BERNAMA

Apa kes la doktor2 skang ni yer...mentang2 keja kerajaan...gaji kecik dr yg kerja hospital swasta..nyawa org dimain2 kan...kat emegency lak tu...
aku mmg x minat pg hospital kerajaan ni..
tp memandangkan nak murah terpaksa pg gak.....nak menunggu sikit nye lama..
pastu blom tengahari nombor dh habis...
panas...........jer............

A

Monday, April 27, 2009

ASW habis dalam tempoh 3 jam shj



980 juta unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) habis dilanggan dalam tempoh 3 jam 50 minit

27/04/2009 1:32pm

JOHOR BAHRU 27 April – Sebanyak 980 juta unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) atau 49 peratus daripada dua bilion unit yang diperuntukkan telah habis dilanggan dalam tempoh tiga jam 50 minit.


Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, 49 peratus unit yang habis dilanggan itu adalah bagi bukan bumiputera, manakala unit untuk bumiputera masih lagi d
ijual. - Utusan

Dgn nisbah kouta 51:49 bagi bumiputra dan bkn bumiputra, dan maximun 20,000 unit utk satu pemegang akaun. Setiap unit dgn harga RM1. Jadi, jumlah maximun yg bleh dibeli adalah RM20k

Ini menunjukkan betapa miskinnya org melayu berbanding dengan cina, Dalam keadaan gawat pun kaum cina masih mempunyai byk wang simpanan.. Sedangkan bangsa kita ??????..

Pg td aku tengok depan pejabat pos ngan maybank berbaris kaum cina nak beli ASW ni...Pejabat pos belom buka dorang dh penuh...
Tapi bila turn open utk bumiputera jer aku boleh bilang dengan jari jer orang yg datang beli...
Sedihnya melihat bangsa ku...........

Pokok Dalam Paru-Paru???


ZHEVSK, Rusia -

"Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut"


Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.
Menurut sebuah akhbar se malam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor2 pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.
"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.
Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut...

Azwan Ali "Sapa yg x suka Cak-Cak.Adalah hanjing!!!


-PETIKAN AYAT MEMBANGGAKAN DIRI-

Quote:
HELLO U ALLZ.....
AMBOIIIIIIIIII..................MAK HAYAM DAH KATA DAH !!!! PUNYA LAH BERBILLION BILLION PELANGGAN ASTRO......BERGULING GULING KETAWA.....SAMPAI TERKELUAR SEMUA JENIS AIR.....AIR MATA....AIR HIDUNG....AIR TELINGA.....AIR PERUT......AIR PUSAT......AIR ROMA.....AIR APA LAGI????
KENAPA???? ***** BETULLLLLLLLLLLL KO NI JOYAH.......GARA GARA......TENGOK PROGRAM KOMEDI BERMESEJ NO 1 KAT KACA TV LAH......MANA LAGI???? KALAU TAK???? HA.................PANDAI PUNN..............'CAK CAK 2009'.....YANG CUKUP GAH LAGI HEBAT......KARYA AGUNG SI LASER NO 1......DIVA TERGEBUSSS.....TERSOHOR....AZWAN ALI !!!
ITU LAH KEHIDUPAN DIVA TERGEBUSSS......AZWAN ALI.....YANG TERUS MANTAP LAGI GAH NAMANYA......NO MATTER WHATTTT !!!!!
-PETIKAN AYAT YANG MENHANJINGKAN ORG!!-
Quote:
EH HELLO…..ANJING ANJING JALANAN OOI…..KALAU TAK TERSOHOR…..KALAU TAK TERUNGGULLLL………….MASA KAN…..ASTRO BOLEH TAYANG KAN????
YANG DOK MENGATA…..MENGHANJJJJ…..KAN AZWAN ALI….HANYA LAH ANJING ANJING JALANAN….LAGI KURAP…..LAGI HAMPEH…..LAGI BAKAL AHLI NERAKA……DAN LEBIH BERSIFAT PHD JER……………
ADA AKU KISAH???? JANJI CUKUP JAM…..AKU SHOOTING…..CUKUP JAM….AKU EDITING……CUKUP JAM…..PROGRAM HEBAT AKU TAYANG………….CUKUP JAM…..DAPAT POJIAN SELURUH ALAM MAYA…..CUKUP JAM…..ASTRO BAYAR…..CUKUP JAM….KAYA RAYA…..CUKUP JAM?????

- Petikan dari entri di Blog Azwan Al
i
Pas baca blog si Azwan Ali.. aku yg tak suka langsng tgk citer Cak-Cak nie leh di samakan anjing.. Ya Ampun..So maknanye sapa yg mmg sah2 tak suka rancangan tu di samakan ngn anjing. aku mmg secara jujur tak suka langsng tngk lawak bodoh nak mati si mat patah nie...

Membaca artikel blog si Azwan Ali ni betul2 mampu membuatkan aku muntah darah. Berulang-kali dia mendakwa rancangan Cak Cak 2009 yang ditayangkan seminggu sekali di Astro Ria sebagai rancangan komedi paling bermesej no 1 negara. Oh my God!! Ditonton oleh “berbilion” manusia pulak tu.

Kehadiran artis2 undangan seperti Jaclynn Victor dan Mila AF5 tidak ubah hanya sekadar ‘memancing’ untuk kita menonton rancangan tersebut.Nak diharapkan jalan cerita, mesej atau apa sahaja dalam cerita tu, langsung tak boleh pakai. Pelik juga mengapa Astro nak menayangkan rancangan-rancangan seperti itu yang hanya akan menjatuhkan kredibiliti Astro sebagai penyiar swasta berbayar di Malaysia.

Untuk Astro, stopkan lah rancangan mcm tu dan lebihkan pada rancangan yang lebih santai dan berilmiah. Lawak bodoh macam idea si Azwan Ali dalam Cak Cak 2009 tu, masuk Majalah Ujang pun x layak.Demi Allah, langsung takde sifat nak mendengki Azwan Ali punya karya ni pun. Cuma itulah hakikat buat mereka yang berfikiran waras dan tak boleh menerima karya yang sebarangan. Kalau bukan Azwan Ali yang buat pun, orang kritik juga. Azwan bukanlah hebat mana pun sampai ramai yang nak dengki.

Biarlah menjadi anjing kerana tak menonton rancangan Cak Cak 2009 tu. Tapi jangan sama standard dgn anjing yang menyalak tanpa mempedulikan pandangan orang lain. Sekian!

crdt-gossip n celebritie CG

Selesema Babi


GENEVA - Sejenis wabak selesema **** yang menjangkiti manusia, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS), kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Pihak berkuasa AS dan Mexico kini memantau perkembangan penyakit itu dengan serius.

Agensi WHO mengenal pasti selesema **** sebagai pandemik atau wabak yang berisiko menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Seorang jurucakap agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Fadela Chaib berkata, terdapat lebih 800 kes disyaki selesema **** dilaporkan di Mexico setakat ini.

Menurutnya, penyakit itu biasanya menyerang **** dan jarang menjangkiti manusia.

"Virus itu disifatkan oleh AS sebagai jenis terbaru daripada himpunan virus A/H1N1. Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jenis kuman itu," kata Chaib.

Sementara itu, pakar-pakar kesihatan AS menjangka menemui lebih banyak kes selesema **** ketika mereka memeriksa orang ramai yang bersentuhan dengan tujuh warga California dan Texas yang dijangkiti penyakit itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) berkata, kes selesema **** dihidapi ketujuh-tujuh mangsa itu berbeza berbanding apa yang dihadapi Mexico kerana melibatkan sejenis virus baru.

Bagaimanapun, katanya, mereka sedang beransur pulih daripada virus selesema tersebut yang merupakan gabungan virus ****, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini.

Lima mangsa itu di California dan dua lagi di Texas sedang pulih dan hanya seorang dimasukkan ke hospital.

Namun ujian menunjukkan ubat antivirus berupaya menentang virus baru itu.

Pakar CDC, Dr. Anne Schuchat menyatakan beliau percaya virus baru itu berupaya merebak antara manusia dengan manusia iaitu fenomena yang jarang berlaku bagi virus selesema ****.

Menurutnya mereka yang dijangkiti virus itu pada awalnya mengalami simptom selesema seperti sakit tekak, sendi, batuk dan sesak nafas sebelum ia merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mexico mengarahkan supaya semua sekolah dan universiti di bandar raya Mexico ditutup semalam bagi membendung wabak tersebut.


Jaga-jaga cik salmah....jaga-jaga...
yg aku tahu cara mengelakkan nya..
1- Sentiasa membersih kan tgn dgn sabun, kerana virus ini boleh merebak melalui sentuhan pada pembawa virus..
yg mana bila di sentuh ke mulut atau hidung kita maka berlaku penyebaran...
2- Elakkan dari batuk/selesema pembawa virus ini..

Friday, April 24, 2009

Udang Galah Sri Aman


Td aku ade urusan yg mana memaksa aku ke sri aman...
maka kul 7 pg aku dh terpacak menunggu kenderaan utk ke sri aman....
perjalan dari kuching ke sri aman x la lama sgt...tp kebas punggung gak OoOo...ada la dlm 2 jam s'tgh...itu dh pecut dh tu....klu bwk ala2 hamilton leh cepat lg kot...

Dipendekkan cerita maka sampai disana...aku pun settle kan la semua kerja tu...jam dh menunjukkan kul 1200 hrs...
peh...paneh siot....kono sirap bandung best ni...
maka aku dan member aku pun cari ar tpt makan....
pusing nye pusing pasar sri aman tu aku jumpa ar kedai melayu...
masuk jer kedai...aku tgk lauk dia leh tahan byk jenis gak...alih2 mata aku terpandang lauk yg diletakkan paling hujung di sudut meja tu...
klu korang nak tau lauk tu adalah lauk udang galah masak cili kot...
humang aih...
terliur aku tgk udang tu beb...
tanpa membuang masa, aku dgn kadar segera terus meminta nasi dari org kedai tu...
lauk yg aku ceduk semestinya la udang galah tu...pastu ceduk la lauk hati masak kicap, ngan sayur masak lemak labu...
peh...cukup menyelerakan utk 'lunching hour' aku...

Bburp....
Selesai jer mkn....aku buat la aktiviti kegemaran aku...isap rokok dgn rakus nya...
pastu tiba la saat yg ditunggu2.....waiter, bil please...(x ar aku ckp melayu jer)...

Minah jaga tu pun terkebil2 la pg meja cashier ambik bill aku...
lalu menyerahkan nya kat aku...aku mmg budget lebih ckit...pasal mkn udang galah kan...
x kisah ar...

Jeling manja jer aku kat bil tu..
tup2 terbeliak mata aku, mkn dua org jer bill mencecah 56 hinggit!!!!
peh....terlebih budget ni..tanya nya tanya udang sekor 20 hinggit..
aku pun wat muka slamber hulur la duit kat minah tu...
dlm hati panas gak ni...
penyamun tarbus tol!!!!terkena aku...

Pastu berlalu la aku dari kedai tu dgn pewut yg sedikit kedepan dan hati yg bercelaru mengenang kan RM56 hinggit aku...
argh.....

p/s-Moral of the story...
Nak mkn tanya dlu...Jgn tau mentekedarah je....

Wednesday, April 22, 2009

Bumper Mirage Asti (JDM)



Utk korang yg x tau...ni aku nak kenal kan korang...ni bumper mirage asti...dari model kereta mitsubishi mirage asti...ada 2 model, 1 lampu panjang, dan 1 lg lampu separuh (ala lampu kat bumper tu la, bwh head lamp tu)..skang korang mesti biasa nampak kat area perumahan, taman2,tpt keje, jln raya korang...pasal byk kete wira, satria, putra menggunakkan bumper kete ni utk ditukarkan dgn bumper standart mahupun bumper kapal angkasa planet zargus dorang....


yg aku nak citer bkn pasal planet zargus...
aku nak citer pasal harga bumper ni skang...
fuh mmg pecah kepala memikirkan harga bumper ni kat kedai2 potong (chop shop) berdekatan...
mana x nyer...bumper jenis ni yg buruk tahap gaban potong 8 pun rege nye leh mencecah 700-800 ratus...
tu blom upah pasang, ketuk, spray lg tu...

mcm mana lah korang leh byk duit pasang bumper ni ek...
musykil2......

Honda NSX



semalam waktu aku tgh meronda-ronda membuang masa kerja aku...(sambil membawa kete wira jepong aku)...
waktu kat traffi light...
aku terpegun dgn objek berwarna hitam kat sebelah kete aku...
fuh lamak....
rendah mcm kete F1 siot....
kete honda NSX rupernye...
driver x nampak pasal dia pakai tinted sultan brunei...heheheheh....

aku terjenguk2 la jugak...x per pasal kete aku pun tinted sultan gak...
cuma dia ala2 sultan brunei, aku sultan melaka jer....

aku terpikir2 dlm hati aku..
aper la keje dorang ni yer...??berkilat2 lak keta tu..
dh ar skang musim hujan...
mcm mana kete dia leh berkilat2 ni...???kete byk kot...
laki ke ompuan ni...leh tackle x agak2....:).....hahaahha...mau kena pelangkung ngan bini aku kang ni...
isk..musykil2...

pastu lampu hijau lak...
berdezup dia meninggal kan aku...
sajer jer aku malas nak kejar...
kang terpegun lak dia kat aku....kiiikiikikii

liverpool vs arsenal 4-4...bye-bye liverpool....



Pg td den seronot sekali lagi...
mana x yer...
game bpl liverpool vs arsenal di anfield berkesudahan dgn keputusan seri 4-4....
wakakakaka.....


makna nye team pujaan den, manchester united masih unggul dgn 71 mata (sama mata dgn liverpool skang ni) tp masih kurang 2 perlawanan berbanding liverpool...

walaupun begitu taksub nye den dgn keputusan seri ni...
aku tetap puji game awal pagi td...
satu lg game yg pada aku menyebabkan kadar adrenalin dlm badan kita meningkat walaupun x bwk keta F1...mantap, panas, gol demi gol dijaringkan..


Paling best pg td mestilah andrei arsavin..penyerang russia yg menyertai arsenal beberapa bulan lalu...mana tak best nye...
arsavin menjaringkan keempat2 gol pg td....
berapa ramai agak nya striker terbaik dunia yg mampu menjaringkan gol sebanyak itu dikubu kuat liverpool, anfield....dia jugalah yg bakal menyebabkan trofi liga tahun ni lebih awal diserahkan kpd manchester united....

viva united!!!

Sunday, April 19, 2009

Selangor mara ke final piala FA 2009...


Semlm den tgk live kat tv1 SELANGOR vs perlis...di mana selangor menang 2-1 dan berjaya layak ke layak ke perlawanan akhir piala FA....best2...

ape yg bestnya, gol dijaringkan ketika permainan sudah melepasi 90 minit dan memasuki dua minit masa kecederaan, oleh hero kecik selangor Amri Yahyah.

Amri membuka tirai jaringan buat Selangor sebelum Perlis menyamakan kedudukan dua minit kemudian hasil rembatan leret Azi Shahril Azmi.

Selangor layak ke final dengan agregat 3-2 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada perlawanan pertama di Kangar.

Final Piala FA bakal berlangsung Sabtu ini, 25 April di Stadium Nasional, Bukit Jalil menemukan Selangor dan Kelantan.

lawan kelantan lagi...

EXORA MPV Proton



Bru2 ini Proton Mpv Exora telah dilancarkan bersama tagline nya “Keriangan Keluarga”.

Proton Mpv Exora ini diterbitkan dengan 5 warna pilihan - Genetic Silver, Tranquility Black, Blue Haze, Pyrite Brown dan Gaia Blue dan berharga sekitar 70k-80k.Dgn engin berkuasa 1.6....

rekabentuk agak menarik dan agak sesuai utk mereka yg dh beranak sekurang2 nya 4 org keatas...

mcm aku ni blom layak lg kot...rasa tua lak diri bwk kete gadang mcm ni....:)

hahahaahaha

persoalan nya...bleh ker proton mencatatkan keuntungan dgn model bru nye ini???dgn suasana ekonomi yg masih x menentu........

sama2 lah kita tggu...

Lg satu aku nak kongsi ngan korang...korang tau x amende EXORA tu???EXORA adalah sejenis bunga...

Dlm bahasa melayu nya dipanggil siantan...

Ala yg masa korang kecik2 selalu hisap madu kat bunga dia tu lah...aku kecik2 mmg suke mengerjakan bunga tu...hahhaahha...kenangan tu....


Saturday, April 18, 2009

yes!!! liverpool kalah...




Kekalahan Liverpool di tangan Chelsea beberapa hari lalu, membuatkan aku gembira tahap utraman, ini adalah kerana aku adalah penyokong sejati Manchester United sejak berkurun lamanye...dan aku x suke Liverpool sejak dari dulu..walaupun ade antara pemain nyer menarik minat aku...

Walaupun aku bukanlah penduduk Manchester, malahan pg pun x penah..tp ade aku kisah....
dh aku minat nak wat mcm mana kan....

Apakah 'die hard fan' ini sebenarnya?? berani mati ke mereka ni...mcm KAMIKAZE tu?? jawapannye tidak2, bagi den mereka cuma peminat yg meminati pasukan mereka...ambil tahu...dari segala berita hinggalah jersi yg digunakkan....segala mcm pemain dr negara mana pun mereka ambik tau....

walaupun fanatik, janganla dilupa adab ketimuran kita....
jgn kerana pasukan bola korang kalah nak bergaduh/ merusuh lak...
tgk jer sudah....jgn jd mcm kelantan...
bru kalah dh nak merusuh....
profesional la beb...menang kalah adat pertandingan...

Ape2 sekalipun minat kite, yang penting kite tahu mengawal perasaan.

yg penting, LIVERPOOL blom dpt piala taun ni...
hahahhahaha...

Lama X Update...

sebenar nye aku malas nak menaip....

tu la..
dlu org sibuk nak wat blog...
aku pun sibuk nak wat gak...

last aku update pada tarikh 30/8/08.......

fuh...
lama siot...

hahahah....
lantak ar...
ade aku kisah...


  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP