Monday, April 27, 2009

Selesema Babi


GENEVA - Sejenis wabak selesema **** yang menjangkiti manusia, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS), kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Pihak berkuasa AS dan Mexico kini memantau perkembangan penyakit itu dengan serius.

Agensi WHO mengenal pasti selesema **** sebagai pandemik atau wabak yang berisiko menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Seorang jurucakap agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Fadela Chaib berkata, terdapat lebih 800 kes disyaki selesema **** dilaporkan di Mexico setakat ini.

Menurutnya, penyakit itu biasanya menyerang **** dan jarang menjangkiti manusia.

"Virus itu disifatkan oleh AS sebagai jenis terbaru daripada himpunan virus A/H1N1. Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jenis kuman itu," kata Chaib.

Sementara itu, pakar-pakar kesihatan AS menjangka menemui lebih banyak kes selesema **** ketika mereka memeriksa orang ramai yang bersentuhan dengan tujuh warga California dan Texas yang dijangkiti penyakit itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) berkata, kes selesema **** dihidapi ketujuh-tujuh mangsa itu berbeza berbanding apa yang dihadapi Mexico kerana melibatkan sejenis virus baru.

Bagaimanapun, katanya, mereka sedang beransur pulih daripada virus selesema tersebut yang merupakan gabungan virus ****, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini.

Lima mangsa itu di California dan dua lagi di Texas sedang pulih dan hanya seorang dimasukkan ke hospital.

Namun ujian menunjukkan ubat antivirus berupaya menentang virus baru itu.

Pakar CDC, Dr. Anne Schuchat menyatakan beliau percaya virus baru itu berupaya merebak antara manusia dengan manusia iaitu fenomena yang jarang berlaku bagi virus selesema ****.

Menurutnya mereka yang dijangkiti virus itu pada awalnya mengalami simptom selesema seperti sakit tekak, sendi, batuk dan sesak nafas sebelum ia merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mexico mengarahkan supaya semua sekolah dan universiti di bandar raya Mexico ditutup semalam bagi membendung wabak tersebut.


Jaga-jaga cik salmah....jaga-jaga...
yg aku tahu cara mengelakkan nya..
1- Sentiasa membersih kan tgn dgn sabun, kerana virus ini boleh merebak melalui sentuhan pada pembawa virus..
yg mana bila di sentuh ke mulut atau hidung kita maka berlaku penyebaran...
2- Elakkan dari batuk/selesema pembawa virus ini..

0 comments:


  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP